Thursday, May 26, 2011

eSoK mASih bERnyaWA

dulu dia pernah diberi peluang ribuan kali.cumanya dia tak tahu mengapa dia selalu sia-siakan semua peluang yg ada.ya dia tahu.mungkil dia jahil masa itu..masih belum kenal erti syukur..tapi sekarang dia dah 19 tahun..sudah mampu beza apa yg buruk dan baik..apa kata kau beri dia peluang untuk kontrol teritori dan kontinuiti hidup dia itu..tak salah bukan?

sekali..DIA pernah beri peluang..yg dia rasa peluang itu sangat besar..tapi selalu dihalang oleh ayah sendiri yg selalu menyumpah anak sendiri menjadi binatang..apatah lagi ayat 'babi' dikeluarkan dengan lantas dari mulutnya tanpa ada rasa kesal dalam diri.mungkin si anak bodoh ketika itu.tidak tahu.otaknya kosong moral positif.tapi apa salahnya kau beri dia galakan untuk belajar.DIA hanya beri peluang sekali sahaja..ya sekali sahaja..seperti mana manusia lain kata.

dia harungi hidup dia penuh dengan cacian dan makian.tapi dia sabar.dia tahu apa itu sabar.dia masih teruskan apa yg mahu dicapainya.sampailah satu masa..si DIA beri lagi peluang yg amat besar dan tak ternilai lagi harganya..tapi.masih tiada sambutan.masih lagi diperlaku seperti binatang.alangkah malangnya nasib dia..tak ada haluan hidup.cumanya dia tahu atur strategi untuk berjaya sendiri.

sekarang tidak lagi kerana dia berjaya tepis segala monopoli yg cuba dilakukan.ada sesekalinya diperlakukan seperti hamba..menurut apa yg dititahkan..alhamdulilah.si DIA masih memberinya satu lagi peluang yang tak ternilai.kali ini lebih mencabar kesabarannya..peluang yang amat diimpikan olehnya sejak dari kecil untuk ke luar negara menuntut ilmu bagi mengubah nasib keluarganya.tapi sekali lagi..dia kecewa ribuan kali..kerana kontinuiti hidupnya masih dimonopoli oleh manusia lain..

aku tak takut apa-apa,
aku cuma perlu tahu yg aku mampu bernafas,
aku tak perlu apa-apa,
dunia ini besar dan aku pula kecil,
aku masih muda,
tetapi aku lelah dan aku lemah,
aku dikeliling pelbagai benda haramjadah,
tiba-tiba,
aku rasa di sekitar aku bergerak cepat,
aku tersesat dan aku tak bisa tidur,
bagaimana rasanya berbeza dengan aku?
apakah kita sama?

tapi tak apa..kerana sekarang dia tahu..esok masih bernyawa..
terima kasih mak dan abah :)