Saturday, January 29, 2011

kipAs wArna-WarNi bUAt si TraVIs



Hari ini hari 29 januari iaitu seperti hari-hari yang tipikal dan normal bagi ahli kaji bumi,si gemuk yg kuat makan dan kucing hitam busuk yg sibuk mencuri makanan. semuanya kelihatan seperti biasa..ibarat satu arus masa yg sama pada setiap hari..kecuali keadaan sibuk seorang manusia..yg sibuk mengejar kelibat rangkaian kereta api.si travis

29 januari ini adalah hari hidupnya dan acap kali tarikh keramat ini muncul(lebih tepat,hari lahir nya), travis akan berdoa selepas meniup setiap bilangan lilin yg akan semakin lama semakin meningkat itu supaya setiap kali tarikh keramat 29 januari itu akan terus lenyap untuk setiap tahun yg akan dtg..dan itu hanyalah satu ilusi bagi travis..walaupun dia tahu bahawa itu hanyalah satu langkah yg paling melankolik lagi patetik untuk menghadapinya..tapi apa boleh buat..

dan sememang nya..dia tidak mahu akan hadapi 29 januari..dan kalau boleh dia mahu 29 januari terus lesap..supaya dia boleh jalani kisah hidupnya seperti biasa..kerana dia tidak mahu..kipas warna warninya berhenti berpusing..tapi itu semua hanyalah mimpi semata2..dan secara sahnya..kipas warna warni nya akan sentiasa statik..berhenti...dan bakal melalui semua perkara yg telah dijangkanya..hatinya akan mula kaget..sedih..

29 januari yg pertama di lalui travis ialah pada tahun 1993..dan sejak itu lah..dia mula sedar bahawa kipas warna warni nya sudah berhenti bergerak..dan dia tahu..tiada apa sekalipun objek bernyawa yg mahu meniup kembali kipas warna warni nya..kipas warna warninya berhenti begitu sahaja..statik..tidak bergerak.. dia telah dilahirkan dengan komponen yg paling sadis dalam hidupnya..iaitu manusia... dan implikasinya, sampai sekarang..kipas warna warninya masih statik..*jngn kawan dengan manusia

29 januari nya yg ke 14 sudah tiba..dan mungkin kali ini..hari sial ini akan berubah..kerana travis tahu..bahawa keluarganya..mahu hadiah kan kepadanya sebutir bintang..kluarganya baru pulang dari planet jupiter..ibu bapanya "honeymoon" barangkali..kerana travis sedar akan kehadiran bakal adiknya dalam rahim ibunya..yg sekarang masih dalam fasa pertama..dan di atas bintang itu..terukir "sebutir bintang buat Travis'.bintang itu punya kuasa untuk memberi segala yg dihajatinya..malah..bintang itu akan berubah menjadi batu apabila bintang itu diberikan ke tangan manusia yg sial...dan travis tahu..bahawa 29 januari akan menjadi satu tarikh yg akan paling di ingati olehnya..tapi hipotisis travis terpesong..kerana..apabila travis ingin meminta hajat..secara simultaneousnya..batu itu berubah menjadi batu..travis kecewa..lalu dicampak kan nya batu tadi ke tepi tangki air rumahnya...dengan harapan..batu itu akan bangun..berdiri..dan kembali ke pangkuannya menjadi bintang yg berjasa..tapi tidak..itu hanya ilusi si travis..konklusinya..travis sedar..bahawa dia adalah sial..*keh.keh.keh..(aku tergelak sebenarnya masa taip ayat ni)

29 jAnuari yg ke 16 sudah tiba..kali ini..kisahnya lebih patetik lagi trajis..kalau boleh..dia mahu serah kan dirinya ke hukum graviti..tapi travis tak punya kuasa..dia hanyalah manusia regular yg diselaputi kesialan yg hiper...naim rakannya..seorang pelajar universiti..telah miskonsepsi akan segala teori yg telah dipelajarinya..dia telah tersedut ke dalam satu mesin transformasi diri yg dicipta dirinya sendiri yg telah ditempatkan di dalam sebuah kubikel kalis bunyi..diri nya secara tidak langsung sudah bermetamorposis dengan seekor anjing..terhasil lah dirinya..'anjing kosmik'..travis sedih..dan travis telah mengambil anjing tersebut..dan menjaganya..sekali lagi..hidup patetik nya berulang kembali..travis kecewa ribuan kali..

dan hari ini 29 januari tiba lagi.sejurus keluar dari kereta api..dirinya didatangi dengan satu kelibat manusia...badannya gagah..hensem..pakaian nya bukan calang2..tak lupa juga perfume yg dipakainya..DKNY barangkali..serupa wajahnya dengan rakannya si naim yg telah berubah menjadi anjin kosmik..travis kaget.terkejut.sesekali otaknya berfikir..malangnya..otak nya tak berfungsi..ibarat neuron sensorik nya telah terputus..dari terus berhubung..tapi travis apa peduli..

"saya belikan awak kipas warna-warni..lengkap warnanya,ada kuning,oren,merah,merah jambu,biru dan indigo.sudi awak terimanya?",tanya budak itu..

"tapi untuk apa?", jawab travis

"untuk hadiah hari jadi awak,sudi awak terima nya?", balas jejaka yg rupanya mirip naim

"mcam mana awak ta...", belum sempat travis habis ckp bdk itu terus sambung

"tau ? sbb saya naim..yg sentiasa ingat akan tarikh lahir awak.dan saya harap awak dapat terima pemberian saya ini..saya tahu..setiap 29 januari..merupakan satu tarikh yg paling melankoli lagi patetik malah lagi trajis dalam diri awak..sekurang2 nya saya dapat menggantikan kembali kipas warna warni awak..supaya kipas ini sentiasa berpusing..dan terus berpusing..yg berpusing!

tanpa apa2..travis terus mengambil kipas warna warni itu..dan terus ditiupnya..ya..kipas itu berpusing...indah warna nya..ibarat pelangi yg timbul dalam kotak hati malah fikirannya..terus di patri oleh travis akan 29 januari yg ke 19 dalam arkib hidup yg dulunya disangka melankoli..sekarang tidak lagi..dan kalau boleh..travis mahu..setiap hari yg di laluinya ialah 29 januari kecuali 21 mei yg mendatang barangkali..

:)