Wednesday, August 10, 2011

hAti mATi

aku jadi pusing setelah lama memerapkan diri mencari entri keluar untuk musnahkan segala makhluk gampang itu dari horizon dunia ini.aku sesekali cuba mencampak beg itu kembali kedalam lautan masin supaya segala pahit dan manis yg telah dirasa lenyap menjadi neutral..tapi malangnya aku gagal untuk kesekian kalinya..

lalu aku terus melabuhkan punggung aku di atas kerusi merah yang lapiknya lembut umpama baldu..sejurus selepas aku pegang erat beg yg hendak aku campak tadi..aku didatangi satu susuk wanita..membawa sebatang pen kilometriko warna hitam dan satu notepad. dikenakan pakaian seragam..tertera perkataan 'secret recipe'..Nora..namanya setelah lama aku amati nametag yg dipakainya..

'sir,order please?'
kata Nora tadi sambil dilabuhkan punggung lebarnya tadi sambil menampakkan lurah dadanya dan mengenakannya dengan coli bintik polka warna merah..Nora hadirkan dirinya dengan penuh stimulus sensual sampai boleh buat jantan keparat mcm abg aku yg mati kena bunuh sebab rogol isteri orang merana, melutut mahukannya..

'air kosong..satu potong cheesecake'
aku cepat2 berpaling ke arah bawah..melihat kasut kulit jenama crocodile hadiah drpd kekasih lama aku yg gampang itu..supaya aku tidak termakan dengan stimulus yg dipamerkan tadi..

'anything else sir?'
sambil Nora mengetab bibirnya tanda geram terhadap aku..

'no'
cepat2 aku genggam erat beg yg aku bawa tadi..

*30 minit berlalu

aku makan segala makanan yg aku pesan tadi.sekarang cuma tinggal plate kosong,gelas dengan separuh air, garfu,sudu dan pisau kulinari di atas meja..

tiba-tiba seorang wanita..yang mengenakan satu pakaian labuh, menutup aurat, berstokin tangan dtg mendekati meja aku..dia order sepotong kek cokelat..wajahnya bersih..terpapar akan satu harapan baru untuk aku untuk membuka beg itu kembali..tapi belum tiba masanya lagi..

aku lantas bangun..membetulkan kembali baju kemeja aku tadi, supaya aku tampak lagi tampan.aku berani kan diri mendekati meja perempuan berpurdah tadi..beg tadi masih lagi aku pegang erat.

'assalamualaikum'
sapa aku berani..

'............................'
masih tiada jawapan..malah perempuan tadi berpaling kearah lain..tidak mahu melihat aku..lalu aku kembali semula ke meja aku..kali ini aku lebih malu..semua lelaki koperat,wanita drama metropolitan memandang ke arah aku..tanda sindir..
sekali lagi, aku didatangi Nora...

'abg ada masalah? Nora boleh tlg..'
sambil dia memegang tangan aku memberikan no tel dan alamat rumahnya..dan Nora masih lagi mengekalkan ponggong montoknya tadi di atas kerusi bertentangan mata dengan aku..

'tak ada, aku tak ada masalah..pergi kau dari sini'
keji aku kepadanya..

keadaan di restauran kek itu semakin tegang apabila aku mula mencemuh Nora..pasangan gay Travis dan Bruno yg berada di hujung sebelah selatan yang sedang sibuk bercumbu, bermain lidah mula bngun meninggalkan restauran itu secara tergesa-gesa...kerana meraka dpt merasakan bahawa sesuatu perkara yg tidak diingini bakal berlaku..

begitu juga pasangan Datuk Jamil dan kekasihnya Datin Roza iaitu isteri kepada Datuk Hisham.masing2 punya drama koperat sendiri.keluar terges-gesa sambil berpegangan tangan.cumanya aku, Nora dan wanita purdah tadi yg kekal statik di meja masing2..

aku bangun dari kerusi, lalu mara ke arah Nora..aku sekali lagi mencemuh sikapnya yg umpama wanita slut yg suka bikin uterus kembang, semakin aku mara, aku terdengar suara wanita purdah tadi berkata sesuatu.lalu aku berpaling kearahnya yg berada di sebelah kanan aku..

tiba-tiba aku terasa seperti lapisan epidermis aku mula menipis. terasa sakit akibat pain receptor aku masih boleh berfungsi..rupa2nya..Nora menikam aku tepat ke arah ventrikal kanan aku..menggunakan pisau kulinari yg berada dia ats meja tadi..

'aduhhh'
aku bilang...
aku cabut pisau itu lalu satu tarikan graviti menyebab pisau itu jatuh ke atas lantai..

'kenapa kau tikam aku Nora?'
tanya aku sambil aku pegang erat beg yang aku bawa tadi..

'aku tikam kau tepat ke arah hati sebab kau tak punya hati..kau suka permainkan wanita seperti aku.aku cuma mahu dikasihani,bukan untuk dirogol berulang kali,hakkktuihhh'
ujar Nora sambil meludah air liurnya tepat ke arah muka aku...

'ya. kau memang betul Nora.aku tak punya hati sekarang..dan aku tidak akan lagi beri hati aku kepada wanita slut seperti kamu lagi dan lagi.ya lagi.,tapi aku akan beri hati aku ni kepada wanita yg betul2 punya hati'
sambil aku mencampak kan beg yg aku pegang tadi kearah wanita purdah itu..lantas aku rebah ke atas bumi..
mati..