Tuesday, July 5, 2011

iNkUeS

Sebutir mutiara tanpa warna jatuh dari kelopak mata yang sirna cemerlang bahkan sentiasa dikitari kesayuan dan kedukaan.terkenang hari semalam yg digunungi harapan,tetapi diakhiri dengan kepiluan.ayu zahira sendiri juga lagi yg masih lagi di bank itu.bank yg ditubuhkan penuh dengan pro dan kontra penghuni dunia semenanjung.ayu zahira adalah simpanan tetap,tetapi tidak menghasilkan sekuman pun dividen.

‘aku masih di sini,’sendunya memecah jurai embun pagi yang masih membasah.lantas seperti seringnya juga mama dewani akan dating mengelus-elus rambut dan membelai-belai.untuk sejenak waktu dalam pusingan jarum jam itu..ayu zahira terhibur dan imbauan nasib malang dirinya yang telah mulai dirasakan terbuang itu terlerai.tetapi hanya seketika.

Purnama yg lalu,mama dewani menerima simpanan baru yg telah diendos daripada sebuah pusat perubatan. Ada lebam-lebam pada simpanan yg baru ini dan jasadnya kebiru-biruan.namun,nafasnya teratur dan cecair putih itu rakus dilahapnya.

Ayu zahira mengenang diri,sepuluh tahun dulu,waktu menjadi simpanan ulung,adakah begitu situasinya? Adakah begitu ketulan daging dan tulang yg masih lembik dibalut kulit. Dan dia mendengar bisik-bisik, simpanan baru ini dari timbunan kertas-kertas yang menjadi calon pembakaran.

Kenangan itu memecah dasar seketul daging berwarna merah kehitaman, mencuit rasa hiba dan nostalgia pilu.

Mama dewani selalulah menjadi bidadari dari langit, bertindak sebagai dewi penghibur duka lara.

Mama dewani terjadi sebagai manusia yang begitu tinggi darjah sensitivitinya terhadap sebarang pergerakan di dunia.sejak cadangan ratu Negara yang mahu menubuhkan bank itu, hatinya bagai dicuit-cuit. Penubuhan bank itu memang menimbulkan kegegeran..melaut yg angguk dan melaut yg menggeleng.mama dewani dengan tulus putih hati rela melepaskan jawatan di sebuah badan kebajikan dan menjadi orang utama bank itu.

Begitulah akhirnya, apabila bank itu tertubuh juga mama dewani menyaksikan ayu zahira sebagai simpanan ulung. Ayu zahira yg cedera parah, berselaput kotoran dan titik darah belum berhenti waktu ditemui

Berbekalkan rasa simpati dan kasih saying yg padat dalam hati . mama dewani melumurkan ayu zahira dengan keprihatinan . pun begitu, cedera yg menimpa pada tahap serius itu membekasi hidup ayu zahira hingga abadi.

"ayu ini kenapa ma?"

"ayu cantik, ayu macam anak mama yg lain juga,"

"tapi kenapa ayu masih disini?"

"tunggulah.ayu akan pergi juga,"

Entah untuk kali keberapa ratus, kata pujukan begitu terluah bagi memberi sekerdip cahaya kegirangan dalam hati ayu zahira. Dan ayu zahira masih begitu setiap ada simpanan baru di bank itu dan setiap ada simpanan yg dikeluarkan bagi memenuhi permintaan.mama dewani juga dibaluti rasa hati,ketulan daging dan tulang sum-sumnya dengan rantaian harapan semoga ada permintaan kepada kewujudan ayu zahira.namun sinar matahari pagi yang seringnya menyaman kan bertukar kepada gumpulan awan mendung menjelang petang dan ayu zahira terus menjadi simpanan abadi di bank itu.

Betapakah peritnya ayu zahira mahu meneruskan hidup di dunia ini.gabungan beberapa molekul rasa itu,kasihan sayu,sedih,simpati,melankoli membumikan mama dewani dengan ketulan darah merahyang kasih dan welas kepada ayu.hidup dalam bank yg tertubuh penuh geger.

"bank itu perluatas nama kemanusian."

"penubuhannhya seperti besi berani atau magnet kepada hidup yg dimurkai allah"

"kembali kepada akar tunjangnya,atas nama pembelaan"

"kepada perilaku terkutuk itu"

"kepada daging,tulang.kulit, yg masih lembik ditemani roh ,tetapi nilainya seperti bangkai."

Mama dewani atau siapa sahaja yang kenal erti manusiawi akan sedar dan paling minimum menyebut "kasihan",dileretkan lagi dengan ketetepan dua ulas bibir. "manusia yang tidak bertanggungjawab" setiap menyaksikan makhluk kecil lembik itu ditabur di merata tempat .kesimpulannya cadangan ratu Negara direalisasikan dan mama dewani menjadi orang kanannya!

Ayu meneliti wajah dicermin. Hidungnya yang tinggi dipicit-picit dan mata yang sungguh bulat dipejamcelikkan. ayu tersenyum basah. walaupun begitu, dia terasa kulitnya di gunting-gunting ,pedihnya,perintnya.ungkapan yg terdengar oleh cuping telinga menggigit dan mengunyah segala cerita dalam diri.”siapa mama dan papanya?”jawapan mama dewani kian halus.tetapi usia yg telah sepuluh tahun dan ketulan otak yg sihat itu menterjemah percakapan kian matang.gegendang telinga juga positif ,mampu menginterpretasi bahasa dan difahami.

"dia koma waktu ditemui,kakinya mungkin digigit binatang garang."

"allah maha kaya.masih ada sisa usia untuk melihat horizon dunia"

"terpaksa menjadi kudung untuk mengelak kuman menjalar ke seluruh tubuh"

Ayu zahira menujah-nujah kaki tanpa tapak.tanpa jari,ke lantai.kerana inikan aku tetap disini? Sirna permintaan?

Tanpa bank ini bumi manalah y ada tarikan gravitiuntuk ayu zahira?tanpa mamadewani .manalah mama dan papa?berada di sekolah setiap hari adalah menyeksakan.

Cerita tentang papa mama daripada teman-teman ialah petir yg membakar.apabila matanya terpaku kepadadaun-daun kering yang tanpa destinasi ditiup angin ,itulah aku, ayu zahira.

Sempatku ingat bisikan syahdu mama dewani, hidup perlu bersyukur,terima kasih kepada apa yg terkurnia.imbasan kuntum-kutum senyum tercerna di bibir mengingati mama dewani. Dalam sujud solat yg telah dipelajari dan tidak pernah alpa dilaksanakan , ayu zahira memanjatkan doa supaya diberi petunjuk ke jalan yg benar.

Ayu zahira sesungguhnya tidak pernak gersang teman. Ada saja manusia kecil yg masih lembik mendatangi bank itu. Namun, sebelum nilai kasih persaudaraan berputik, ayu zahira ditinggalkan lagi. Simpanan yg baru itu kiranya tidak bermastautin dan bank itu sekadar persinggahan justeru ada permintaan yg datang. Dan ayu zahira masih di sini?

"ayu ini kenapa ma?"

"ayu cantik, ayu macam anak mama yg lain juga,"

"tapi kenapa ayu tidak diambil siapa pun yg dtg?"

"tunggulah.ayu akan pergi juga,"

Kebosanan tak dapat dibendung, ketulan darah merah kehitaman antara ketulan daging yg berdegup dan rongga yg bernafas itu secara dicucuk koyak dan cairan merah pekat mengalir dimana-mana.

Lalu mama dewani dtg lagi, dengan segala ramuan dan rempah – ratusnya mengubati kelukaan itu.pantas ayu zahira menginsafi bahawa hidup perlu bersyukur. Angin kepiluan akan berlalu buat seketika.

Sebuah kenderaan mewah, warna keemasan mempesona pandangan ayu zahira. Dua penghuninya yg turun bergaya membuat ayu menepi, member laluan. Jari lembut si wanita sempat mencuit pipi dan hidung ayu zahira. Senyum rekah dari bibir disalut warna merah itu dibalas ayu zahira dalam rasa kagum dan takjub.akan pergikah aku bersama tokoh ini?

Detik rasa dan Tanya ayu zahira kepada diri sendiri.ayu zahira menanti.terlalu berat hempasan konkrit harapan yg menimpanya setiap ada tetamu mendatangi bank itu.

Deras air suam yg sedia bertakung di tubir mata andainya dia terus disini?ayu zahira terus kesasar bersama rasa kepedihan mencari wajah mama,teramat ingin mengintai wajah papa.otaknya dikitari fikir! Siapakan mama,di manakah papa? Mengapa terlahir ayu zahira ini diluar rasa tanggungjawab manusia. Segala persoalan tertelan dalam pedih derita diri ditemani mama dewani.

Dua penghuni kereta mewah itu pulang bersama insane yg dianggap ayu zahira adik kecil comel tersayang, baru seminggu bersamanya. Bagai selalu kasih yg berputik dalam diri ayu zahira tidak sempat berkembang. Embun pagi yg menyegarkan kuntuman berputik itu dipanah ganas sinar matahari oleh datangnya dua penghuni kereta mewah itu. Dan ayu zahira masih disini.

"ayu ini kenapa ma?"

"ayu cantik, ayu macam anak mama yg lain juga,"

"tapi mengapa mereka tak ambil ayu?"

"tunggulah.ayu akan pergi juga,"

Mama dewani tidak dapat menumpukan masa sepenuh pusingan jam bersama ayu zahira. Banyak urusannya yg lain. Selain di sekolah, ayu zahira bersama pembantu mama dewani. Justeru dirinya dianggap kian boleh berdikari, layanan minimum yg terlaksana dan pendatang yg baru menerima penuh perhatian.

Mengenang kehidupan, pundaknya menerima segalanya walau berat , melelahkan. Nafasnya yg akhir-akhir ini sesak . setiap kehilangan insane yg baru mahu disayangi dileraikan perlahan-lahan.kepergian adik-adik kecil serasa menggigit makna diri. Sedang ayu zahira masih disini.

Hanya beberapa purnama ini ayu zahira mendapat teman setia. Walau badan yg lebam sebelah mencacatkan pandangan ayu zahira kepada teman baru ini, ayu zahira tetap ria justeru ada aset sebagai simpanan tetap walau tanpa sekuman pun dividen di bank itu.

"kasihan, badannya terbakar sebelah, ditemui di tempat pembakaran sisa gunaan manusia"

"namun usianya masih ada. Allah maha kaya"

Ayu zahira meresah gelisah mendengar bisik itu. Lalu ayu zahira teringat perihal anak-anak perempuan yg dibunuh hidup-hidup pada zaman jahiliah seperti dalam riwayat yg dikisahkan mama dewani apabila ada kelapangan waktu.

Tetapi kini zaman serba maju, zaman computer, zaman internet, zaman porno, bukan zaman jahiliah. Ayu zahira geleng kepala. Fikirnya belum mampu pergi ke situ.

Sejenak ayu zahira merasakan keharuan yg tidak terkatakan. Di celah-celah kehidupan yg didambakan, terselit ingatan kepada kepergian abadi.

Pesan mama dewani seperti suluh dalam kegelapan.

"allah beri kita usia untuk kita syukuri hidup itu. Keluhan hanya mengarah kepada putus asa dan putus usaha. Penuhkan minda dengan jalur-jalur yg positif."tanpa mama dewani siapalah ayu zahira.

"puan seri mahu yg besar atau kecil?"

"...."

"o...dua-dua"

"o.k saya tunggu petang ini, kalau pagi, yg besar ke sekolah."

"...."

"sepuluh tahun."

Dengan lembut, penuh karisma mulia mama dewani meletak ganggang telefon. Ada senyum rekah dari bibirnya. Ayu zahira telah arif memahami. Ada gunungan harapan bergumpal dalam dirinya. Ada rengek manja di alam halusinasinya bahawa dia nanti akan menyebut papa,mama.

ayu zahira menahan getar yg menghenyak dada menunggu petang ini. terasa bahawa hidup kian menyerlahkan mindanya. namun dia berasa panas di bawah timpaan embun pagi yg lembut dan dingin.

"ayu ini kenapa ma?"

"ayu cantik, ayu macam anak mama yg lain juga,"

"tapi mengapa mereka tak ambil ayu?"

"tunggulah.ayu akan pergi juga,"

"mama pendusta. pujuk dan kata mama sekadarmenyiram air ke hati ayu yg kering. mengapa tidak mama katakan. ayu tetap disini, di bank bayi ini kerana ayu ini, kaki ayu ini dipotong. mereka yg datang tidak sudi ambil ayu."

ada banjir air mata. ada segunung rasa welas dan ada gumpulan simpati dalam daging,tulang, darah dan kulit mama dewani.

"ayu zahira akan jadi anak angkat mama!"

ayu zahira memandang redup kepada mama dewani. ada sinar yg serasa menguak kabus duka hatinya.terkial-kial tangan dan jari halus itu menolak kerusi roda hadiah seorang hartawan wanita yg punya tetek besar, ke arah mama dewani.

"ayu ingat lagi cerita mama, kisah auntie ramlah yg berjaya dan lulus sarjana walau dengan kerusi roda?"

ayu zahira angguk dan tersedu.